Wednesday, June 24, 2009

Peringatan untuk kaum wanita.. sekadar renungan..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,"Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh dibawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telahditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorangsuami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesenpun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugurpahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnyaialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana iadapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita kedalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a) Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. RasulullahSAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Bagindasendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untukmencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.
b) Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"
c) Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanyadalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasukkesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinyadalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hariRasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlahsatu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.
"Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapatsifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Peringatan Terakhir - Melatah:
Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang” - jangan biarkan diri anda Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan. Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah denganMenyebut “Subhanallah”Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya. Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut “berzikir”.

Sunday, June 21, 2009

Mungkar Nangkir dan Pencari Kayu


Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalanya itu lalu di tanya pada anak-anak semua, “adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.” lantas menjawab anak, “mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah. kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.”

Keesokannya di panggil semua adik beradiknya dan beliau berkata, “wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelahaku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indahseperti banglo mewah ini. dan aku juga akan memberi setengah dari hartaku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku.” adik-adiknya pun menjawab, “wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikanpula di dalam tanah.”
Dengan sedihnya jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya, beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Di panggil setiausahanya supaya di warwar di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah, kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yg sama seorang tukang kayu yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. Isterinya berkata, “wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. lagi pun makanan disediakan.” tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
Keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. si tukang kayu tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut. Si tukang kayu yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terfikir difikiran nya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir. tetapi sebaliknya yang berlaku. mungkar dan nangkir telah menuju kearahnya dan lalu berkata, “apa yang kau buat di sini?” “aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.” kata tukang kayu. “apa harta yang kau ada sekarang?” “aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.” “dari mana kau dapat kapak ni?” “aku membelinya.”

Lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.hari kedua di tanya pula, “apa yang kau buat dengan kapak ni?” “aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual.” balas tukang kayu.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut, “pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni di hutan? “mana ada orang punya pokok?” balas si tukang kayu. “adakah kau pasti?” lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

Hari ke empat, “adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuran nya dan beratnya sama untuk di jual?” “aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata,” kata tukang kayu.

lalu hilang dan muncul mungkar dan nangkir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

dan di hari terakhir ke40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lagi bertemu dengan tukang kayu tersebut. berkata mungkar dan nangkir, “hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tetapi aku akan bertanya pasal kapak ini. belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau, si tukang kayu tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiran nya untuk keluar dari kubur tersebut.si tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.
Sampai di rumah, lalu si isteri berkata, “wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.” maka jawab si tukang kayu, “aku tidak mahukannya lagi. sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak, tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. bagaimana dapat aku menjawabnya.”