Thursday, September 4, 2008

Kesilapan yang sering di lakukan di bulan Ramadhan




1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapayang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan danminum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yanglain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannyakemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :"sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah iaberpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

3) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapatkeberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggahdengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalahwaktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskanmelewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkanoleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Inisatu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnyaadalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solatmalam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketikawaktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar"(Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalilyang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segalasolat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlahsolat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam".(Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witirselepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannyauntuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, makaadalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yangmaha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi iaadalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang.Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasaseseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Inijelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa.Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhuberbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yangdisebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah,maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niatutama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalahuntuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaranredha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadithriwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira denganniat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari denganalasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat denganniat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islamsewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannyadi Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebutberkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami'as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalahkerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren'yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktusahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur,tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasanlewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hariitu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalahsejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ininyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid,malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalandan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilatmereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buatlelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satulagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telahmenyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yangadil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbukaberdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atauhampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

No comments: